Tuesday, June 26, 2012

Buat Sang Sahabat

Kata-kata manusia lain umpama racun
Meracuni minda lara mu itu
Tapi malang minda mu diracun jua
Seperti nyamuk terkena racun serangga
Terbang lemah di angkasa


Aku cuma insan biasa
tidak mampu untuk mengubat minda mu
Aku cuma insan lemah
Tidak mampu memberi sinar harapan


Kerana kata-kata nista mereka hilang erti persahabatan
pendapat yang mereka suarakan mungkin betul
Tapi kita sebagai manusia harus bijak untuk berfikir
kita yang menentukan hidup kita


Aku sangka panas berpanjangan
Rupanya hujan lebat mendatang
Kisah kita cuma di sini saja
Tiada lagi kisah yang terpahat


Cinta akan sahabat mula mekar
Tapi layu kerna terik mentari
Sesungguhnya dunia ini sungguh sukar
Sabat pergi tiada berganti